Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai
kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak
daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik
kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di
syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara
jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Mengulas
hadis riwayat Ahmad itu, Al-Hafizah Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata:
“Cukuplah sebagai bukti yang menetapkan dekatnya kedudukan Nabi dengan
kedudukan orang yang mengasuh anak yatim, kenyataan bahawa antara jari
tengah dan jari telunjuk tidak ada jari yang lain.”
M
Khalilurrahman Al-Mahfani dalam sebuah bukunya mencatatkan mengenai anak
yatim: “Anak yatim adalah satu daripada komponen kehidupan yang harus
kita rahmati. Dengan kata lain, kita harus menjadi rahmat bagi mereka,
bukan menjadi musibah.”
Daripada Ibnu Abbas meriwayatkan
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang memelihara anak
yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti
Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang
tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)
Jelaslah bahawa pahalanya sangat besar bagi sesiapa yang berbuat baik atau memelihara anak yatim.
Daripada
Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah di
antara orang Islam adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang
diperlakukan dengan sebaik-baiknya dan seburuk-buruk rumah adalah rumah
yang di dalamnya ada anak yatim, namun diperlakukan dengan buruk.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Rahmat bagi mereka dizahirkan
dalam bentuk kepedulian yang nyata, antara lain mengasuh mereka dalam
keluarga kita, membantu ekonomi dan pendidikan, menjadi orang tua asuh,
serta aktif mengelola rumah asuhan.
Allah SWT juga berjanji akan
memberi pahala dan ganjaran yang setimpal kepada kaum Muslimin yang
membantu meringankan beban anak yatim dengan memberi sumbangan wang
ringgit (derma atau sedekah). Banyak atau sedikit sumbangan yang
diberikan itu bukan ukurannya, tetapi keikhlasan yang penting. Allah
melihat apa yang ada dalam hati.
Daripada
Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu
pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu
daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak
(dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah
kehancuran bagi orang yang PELIT.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan
Ahmad)







0 comments:
Post a Comment
Pesan dan Harapan